Kerjaya kelab Agim_Ibraimi

Kerjaya awal

Ibraimi telah dilahirkan di Tetovo, SR Macedonia, SFR Yugoslavia. Ibu bapa beliau merupakan orang Albania Macedonia. Ketika dibesarkan di Tetovo, Agim menyertai akademi kelab Shkendija dan memasuki skuad senior pada usia 17 tahun.

Shkendija dan Red Bull Salzburg

Agim menyertai kelab Shkendija 79 pada tahun 2005. Beliau membuat 49 penampilan dan menjaringkan tiga gol, membantu Shkendija menduduki tempat kelima dalam Prva Liga. Ketika membuat aksi yang terbaik pada usia yang muda, Agim telah dibeli oleh Red Bull Salzburg.

Di Red Bull Salzburg, Ibraimi telah menghabiskan masanya selama dua musim, Ibraimi membuat tiga penampilan bersama kelab itu.

Olimpija

Agim menyertai kelab Olimpija di mana pada masa itu, kelab Olimpija bermain di divisyen dua Slovenia. Musim pertamanya di Slovenia memang penuh gemilang, apabila Olimpija menghabiskan musimnya sebagai juara liga dan Ibraimi menjaringkan 11 gol dan membuat 11 hantaran.

Dalam musim keduanya bersama Olimpija tidak begitu memuaskan, apabila memasuki divisyen satu yang penuh cabaran. Olimpija menghabiskan musim dengan nombor 11. Ibraimi menjaringkan gol pertamanya di PrvaLiga Slovenia pada 28 Ogos menentang Koper.

Eskisehirspor

Ibraimi menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Turki, Eskişehirspor pada 3 September 2010. Beliau membuat debut untuk Eskisehirspor pada 25 September 2010, di mana beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-77, tetapi pasukannya tewas 1-0. Ibraime gagal untuk bermain dengan baik dalam liga Turki, jadi beliau menyertai kelab Nafta Lendava ketika perpindahan Januari 2011.

Maribor

Pada 10 Jun 2011, Ibraimi telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Slovenia, Maribor. Beliau membuat debut untuk Maribor ketika menentang Dudelange dalam pusinga kelayakan Liga Juara-Juara UEFA, di mana beliau menjaringkan gol pertamanya dan membuat hantaran.[1] Ibraimi membantu Maribor untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Eropah UEFA selepas membenam Rangers 1-0.[2] Pada Mei 2012, Ibraimi menandatangani kontrak baru bersama Maribor sehingga Mei 2015.[3] Pada bulan yang sama, beliau menjaringkan gol cantik dari sepakan penjuru ketika menang besar, 8-0 ke atas Triglav Kranj dan menjuarai gelaran liga bersama Maribor. Pada Disember 2012, beliau memenangi anugerah "Pemain Terbaik Macedonia.[4][5] Beliau juga diundi salah satu pemain tengah terbaik dalam PrvaLiga Slovenia 2012–13, bersama rakan sepasukan Goran Cvijanović dan Nik Omladič.[6] He was also selected as the overall best player in the 2012–13 PrvaLiga season.[7]

Cagliari

Pada 31 Ogos 2013, Agim Ibraimi berpindah ke Cagliari secara pinjaman.[8][9] Pada 2 Mac 2014, Ibraimi menjaringkan gol pertamanya untuk Cagliari ketika menentang Udinese dan lapan minit kemudian, beliau membuat hantaran. Dalam lima penampilan untuk Cagliari, beliau tidak banyak menerima banyak masa bermain di Itali.

Maribor

Agim Ibraimi telah mencapai persetujuan bersama Maribor untuk melanjutkan kontraknya sehingga Mei 2017.[10]

Selepas kembali ke Maribor, Ibraimi membantu kelabnya melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas menjaringkan gol dalam pusingan kelayakan menentang Zrinjski Mostar dan Maccabi Tel Aviv. Kali terakhir Maribor di Liga Juara-Juara pada tahun 1999.[11] Pada 5 November 2014, Maribor seri menentang Chelsea F.C. dalam perlawanan Liga Juara-Juara selepas Ibraimi menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Rujukan

WikiPedia: Agim_Ibraimi http://macedonianfootball.com/index.php?option=com... http://www.macedonianfootball.com/index.php?option... http://www.nkmaribor.com/novice/?id=4622 http://www.nkmaribor.com/novice/?id=4626 http://www.nkmaribor.com/novice/?id=4737 http://www.nogomania.com/Mednarodni-Nogomet/Novica... http://www.nogomania.com/Slovenski-Nogomet/Ekipa/M... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=201... http://www.corrieredellosport.it/calcio_mercato/20...